PECAL SAYURAN KEKACANG KUAH KACANG:
8 biji Cili Api
4 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
1 biji Buah Pala
2 sudu besar Udang kering – disangrai
2 biji Ubi kencur
2 helai Daun Limau Purut
2 cawan Kacang tanah – digoreng
3 sudu besar Gula Merah
2 cm Belacan
½ cawan Air Asam
Garam secukup rasa
SAYURAN:
2 keping Kobis
5 pokok Kangkung
5 batang Kancang panjang
1 ikat Daun Ubi
1 ikat Daun Paku
½ biji Jantung Pisang
1 mangkuk Taugeh
2 keping Tauhu goreng
2 keping Tempe goreng
4 biji Telur rebus
½ cawan Bawang goreng
CARA-CARA
1. Goreng kacang tanah, ketepikan
2. Tumbuk cili api bersama dengan bawang putih, bawang merah, belacan, ubi kencur, buah pala, daun limau purut.
3. Tumbuk bersama kacang tanah yang telah digoreng, gula merah dan udang kering.
4. Masuk air asam dan garam secukup rasa
5. Celur sayuran-sayuran tadi dan potong mengikut citarasa.
6. Campur kesemua bahan dan sayuran dan gaul bersama dengan kuah kacang
7. Siap untuk dihidang
TIPS: Bila menggoreng kacang tanah, gunalah sedikit minyak masak dan jangan dibuang kulit kacang tanah, tumbuk terus dengan kulitnya sekali.
PENGAT UBI
KOMBINASI A: REBUS LEMBUT
1 biji Ubi Keledek
1 biji Ubi keladi
1 biji Ubi Kayu
B: ½ cawan Gula Pasir
½ cawan Gula merah
3 cawan Santan sederhana
2 helai Daun Pandan
1 sudu kecil Garam
¼ cawan Sagu – direndam 3 ulas Isi Durian
¼ cawan Susu Cair
C: Hiasan Roti putih
CARA-CARA:
1. Rebus ubi-ubi sehingga lembut.
2. Masak bersama santan dan gula pasir serta gula merah
3. Masukkan daun pandan, garam, sagu, isi durian serta susu cair.
4. Biar mendidih tetapi dengan api yang sederhana kecil.
5. Angkat dan hiding bersama roti putih
TIPS: Pilih ubi keledek yang lebih kecil, kerana ia akan lebih manis dan gebu bila direbus atau dibakar
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment