Friday, November 27, 2009

Rasa Ramadan- 7

OTAK-OTAK DEDAUN TENGGIRI


A: 4 keping Ikan Tenggiri

B: TUMBUK

3 biji Cili Api

3 cm Halia

3 batang Serai

3 cm Lengkuas

3 biji Buah Keras

2 cm Belacan

3 ulas Bawang merah

C: ½ cawan Santan Pekat

1 biji Telur

1 sudu besar Tepung Ubi

1 sudu kecil Lada sulah

Garam secukup rasa

D: 10 helai Daun kaduk

10 helai Daun mengkudu

2 helai Daun kunyit

10 helai Daun Ubi

10 helai Daun pegaga

10 helai Daun Ulam raja

4 keping Kobis

Lidi

CARA-CARA

1. Potong kecil ikan tenggiri

2. Perap ikan bersama dengan Bahan B yang telah ditumbuk .

3. Masukkan santan, telur, tepung ubi , garam dan lada sulah.

4. Bungkus dengan daun pisang yang dilapis bersama dengan dedaun yang

lain

5. Letak sedikit santan diatas ikan tadi dan bungkus kemas

6. Kukus selama 15 minit

7. Siap untuk dihidang

INFO : Jangan sesekali tumbuk isi ikan tenggiri bersama kulitnya untuk dibuat

pegedil kerana ia akan meletup kuat dalam kuali bila menggoreng

URAP DAUN KADUK SOTONG

A: SAMBAL KELAPA

2 cawan Kelapa Putih

1 biji Cili merah

3 biji Cili Api

2 sudu besar Air Asam Jawa

2 ulas Bawang merah

1 biji Bawang besar

5 cm Halia muda

Garam & gula secukup rasa

B: 20 helai Daun kaduk

4 helai Daun kunyit

C: Hiasan:

10 ekor Sotong basah - rebus

4 cm Halia – dipotong

1 biji Cili merah - dipotong

CARA-CARA

Potong kecil-kecil dedaun kaduk dan kunyit, ketepikan

Tumbuk cili merah, cili api dan kelapa putih, biar halus

Gaul dengan bahan seperti air asam, bawang merah, bawang besar dan halia

Masukkan garam dan gula secukup rasa

Gaul kesemua bahan iaitu dedaun dan sambal didalam bekas yang besar

Hias bersama dengan cili potong, halia muda, dan bawang besar dan beberapa

ekor sotong

Siap untuk dihidang

TIPS: “Saute” sotong dengan sedikit minyak atau mentega. Tidak perlu guna air.

Ia akan tetap masak dan tidak kecut.

No comments:

Post a Comment