NASI PANDAN SERAI WANGI
A: MESIN & TAPIS
4 batang Serai
4 helai Daun pandan
1 batang Kulit kayu manis
4 cm Halia
Air secukupnya
B: TUMIS:
1 senduk Minyak Jagung
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
100 gm Udang Basah – buang kulit
C:
4 cawan Beras – basuh & toskan
2 cawan Susu Segar
3 cawan Air Serai pandan (ambil dari bahan A ) yang ditapis tadi
1 cawan Kacang Kuda – direbus lembut
½ sudu kecil Garam
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak jagung, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan udang, masak seketika.
2. Masukkan air serai pandan, biar didih dan masukkan susu segar.
3. Masukkan kacang kuda yang direbus dan masukkan beras
4. Bila hampir kering, masukkan garam dan biar kering.
5. Siap untuk dihidang
TIPS: Pilih serai yang gemuk dipangkalnya kerana ia berbau lebih wangi dan lembut batangnya.
KOLE KACANG
A: MASAK & TAPIS
1 cawan Gula Merah
1 cawan Air
B:
¼ cawan Tepung Ubi
1 ½ cawan Tepung kacang Hijau
C:
4 cawan Santan sederhana
1 cawan Air
1 sudu kecil Garam
2 helai Daun pandan
1 sudu kecil Air abu
1 sudu besar Minyak Jagung
2 sudu besar Madu
D: MASAK SEHINGGA MINYAK
1 cawan Santan pekat
1 cawan Air
Secubit garam
CARA-CARA:
1. Masak gula merah dengan air dan tapis, ketepikan
2. Campurkan tepung ubi dan tepung kacang hijau dan masukkan santan, air dan air gula merah yang ditapis tadi (bahanA).Masukkan garam, daun pandan dan air abu.
3. Kacau diatas dapur dengan api yang kecil hingga masak. Masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung dan madu.
4. Apabila masak, tuangkan kedalam loyang.
5. Masak bahan D sehingga naik minyak. Setelah itu, tuangkan keatas kole kacang
6. Siap untuk dihidang
TIPS: Kacang Hijau lebih wangi apabila digoreng terlebih dahulu.Buang kulitnya sebelum dimesin untuk mendapatkan tepung kacang hijau
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment