Friday, November 27, 2009

Rasa Ramadan-2

PARU MASAK CILI BEREMPAH


A: 1 kilo Paru

1 sudu besar Garam

1 sudu besar Kunyit

30 gm Asam Jawa

B: 2 cawan Minyak Masak – untuk menggoreng paru

C: 2 sudu besar Air Limau nipis

1 sudu besar Jintan Manis biji

1 sudu besar Ketumbar biji

Garam secukup rasa

Gula merah secukup rasa

D: MESIN

6 biji Cili merah – tumbuk kasar

4 cm Halia

6 ulas Bawang merah

6 ulas Bawang putih

E: 1 senduk Minyak masak

CARA-CARA

1. Rebus paru sehingga lembut lebih kurang setengah jam. Biarkan sejuk

dahulu

2. Potong nipis-nipis dan lebar

3. Gaul bersama kunyit, garam dan asam jawa, perap 30 minit

4. Panaskan minyak, goreng paru yang telah diperap hingga kekuningan

5. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak 1 senduk, dan tumis bahan D yang

telah dimesin. Masukkan air limau nipis, jintan manis biji, ketumbar biji,

garam dan gula merah.

6. Masak seketika dan biar kering

7. Siap untuk dihidang

TIPS: Paru hendaklah direbus dahulu sebelum dipotong supaya ia lebih pejal

LEMPER PULUT UDANG ASIN

A: Direndam selama 4 jam

2 cawan Pulut

½ sudu kecil Serbuk Kunyit

4 cawan Air

B: Ditumbuk kasar

1 cawan Kelapa Putih – disangrai dahulu

½ sudu kecil Garam

½ sudu kecil Gula

2 sudu besar Udang kering – disangrai dan tumbuk kasar

1 biji Buah Kencur

½ sudu kecil Serbuk lada hitam

C: 1 cawan Santan

3 cm Halia muda

10 helai Daun pisang – di layur dahulu

20 batang Lidi

CARA-CARA

1. Rendam pulut bersama serbuk kunyit dan air (bahan A) selama 4 jam.

2. Tos dan kukus.

3. Sambil disiram dengan santan

4. Letakkan halia muda dan kukus lagi 10 minit.

5. Apabila pulut lembut, gaul bersama santan dan kukus seketika dan angkat

6. Gaul kelapa putih yang disangrai dengan garam, gula, udang kering, buah

kencur dan serbuk lada hitam, kemudian letakkan ditengah pulut kuning,

dan dibungkus dengan daun pisang.Sematkan lidi.

7. Dibakar atau dibiarkan begitu sahaja.

8. Siap untuk dihidang.

TIPS: Terdapat 2 jenis pulut, pulut biasa dan pulut susu/madu .Pulut susu/madu

lebih lembut dan cepat masak apabila dikukus

No comments:

Post a Comment