CHILI KETAM
Bahan-bahan
1 kg ketam yang sederhana
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam dan perasa secukupnya
daun bawang untuk hiasan
Tumbuk
5 ulas bawang putih
5 sudu makan lada kisar
Cara-cara
• Bersihkan ketam dan goreng sebentar.
• Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan garam dan perasa.
• Selepas itu, masukkan ketam dan gaul hingga rata.
• Hiaskan dengan daun bawang.
KETAM BERTELUR
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
• Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
• Masukkan secawan air
• MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
• Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
• Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
• Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
KETAM GORENG SOS LADA HITAM
Bahan-bahan
2 kg ketam – dipotong dua dan dicuci bersih
2 camca besar tepung jagung ]
sedikit sos ikan ] Bahan A
1 camca besar sos tiram ]
1 biji telur ]
½ biji lada capsicum merah ]
½ biji lada capsicum hijau ] didadu
10 biji cendawan cina (direndam dengan air panas dan simpankan airnya)
6 ulas bawang putih – ditumbuk
2 cm halia dihiris nipis
3 batang daun ketumbar untuk hiasan
2 cili merah dipotong panjang-panjang untuk hiasan
1 botol sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
• Gaulkan ketam bersama-sama bahan A di dalam mangkuk dan goreng sampai masak.
• Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama halia, cendawan dan lada capsicum seminit dua.
• Masukkan ketam, sos lada hitam dan sedikit air. Kacau, masukkan daum bawang, didihkan sos dan sajikan bersama-sama cili dan daun ketumbar.
KARI KETAM SERI MURNI
1½ Kg Ketam Bunga
6 Camca Besar Minyak Sawit Seri Murni
6 Ulas Bawang Merah Dihiris
3 Ulas Bawang Putih Dihiris
A
2 Camca Besar Serbuk Ketumbar }
1 Camca Besar Serbuk Cili } digaul dengan
1 Camca Teh Serbuk Kunyit } sedikit air
B
8 Ulas Bawang Merah }
4 Ulas Bwang Putih }
2 cm Halia }
3 Biji Buah Pelaga } Dikisar Lumut
2 Kelopok Bunga Lawang }
1Cm Kulit Kayu Manis }
2 Kuntum Bunga Cengkih }
½ Camca Teh Lada Hitam }
1¼Cawan Santan air
Garam secukup rasa
Basuh bersih kentang dan dipotong empat.
Panaskan minyak SRI MURNI dan tumis bahan A hingga wangi.
Masukkan bahan B dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan ketam dan goreng sebentar hingga ketam bersalut
dengan rempahan.
Masukkan santan dan garam secukup rasa ; masak hingga mendidih
Renih sehingga ketam masak dan kuah pekat
Angkat dan hidangkan
KETAM GORENG ALA PATAYA
Bahan-bahan :
Minyak untuk mengoreng
10 bawang merah ]
6 ulas bawang putih ]
6 tangkai daun ketumbar ] (A) dikisar
2 helai daun limau purut ]
2 cm halia ]
1cm langkuas
3 camca besar rempah kari ikan
Santan pekat dari sebiji kelapa
2 camca besar sos ikan
1 camca besar gula melaka
Jus limau nipis
Setengah biji nenas masak dihiris nipis
Segengam daun kesom
Cara membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah (A) sampai wangi. Masukan rempah kari dan digoreng sebentar
2. Tuangkan santan lalu dididihkan. Masukan nenas dan ketam dan dimasak sampai kuahnya pekat.
3. Sebelum disajikan taburkan daun kesom kedalam ketam tadi. Masukan garam, sos ikan, gula melaka dan limau nipis sebagi perasa.
Thursday, December 24, 2009
Friday, November 27, 2009
Rasa Ramadan- 13
KETUPAT JAGUNG BERMADU
A:
4 cawan Beras pulut – cuci & tos
B:
4 ½ cawan Santan sederhana
2 sudu kecil Garam
C:
1 batang Jagung Madu
D:
20 helai Kertas Plastik (atau Daun Palas)
20 utas Tali nylon
4 liter Air
CARA-CARA
1. Didih santan dan garam
2. Masukkan pulut, masak seketika
3. Masukkan jagung dan kacau sebati, biar kering dan separuh masak
4. Pulut dibiarkan sejuk, dan dimasukkan kedalam kantung plastik dan diikat kemas
5. Rebus ketupat didalam air yang mendidih selama 1 jam.
6. Siap untuk dihidang
TIPS: Jagung yang manis dan baik kualitinya, mempunyai biji atau isi yang rapat-rapat
RENDANG KERANG PEGAGA
A: MESIN:
2 sudu besar Cili Kering - dimesin
8 cm Lengkuas
8 batang Serai
5 biji Cili Api
2 labu Bawang besar
5 ulas Bawang putih
5 cm Halia
1 sudu besar Rempah kari daging
B:
1 senduk Minyak Masak
C:
2 kilo Kerang – direbus dan ambil isi
3 cawan Santan pekat
½ cawan Kerisik
2 ikat Daun pegaga
3 keping Asam
1 helai Daun Kunyit
5 helai Daun limau purut
Garam & Gula secukup rasa
CARA-CARA
1. Rebus kerang dan ambil isi, ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan A yang telah dimesin tadi
3. Masukkan santan dan kerisik, masak lagi 10 minit
4. Masukkan isi kerang dan daun pegaga
5. Bila hampir kering, masukkan daun kunyit, daun limau purut, asam keping, garam dan gula.
6. Masak sehingga kering
7. Siap untuk dihidang
TIPS: Sebelum merebus kerang:, Cuci kerang dengan menggunakan beberapa helai daun ubi kayu untuk memutihkan kulit dan mengeluarkan kotoran pada kerang.

Rasa Ramadan- 12
PACERI KEDONDONG
A:
10 biji Buah kedondong – kupas kulit dan rebus
B: MESIN HALUS
1 labu Bawang besar - mesin
2 cm Halia – mesin
4 sudu besar Rempah kari daging
2 cawan Air
2 sudu besar kerisik
C: TUMIS:
½ cawan Minyak masak
1 tangkai Daun kari
1 batang Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga Lawang
5 biji Buah Pelaga
3 cm Halia
5 ulas Bawang merah
5 ulas Bawang putih
D:
3 cawan Santan
3 keping Asam
2 sudu besar Udang kering
2 sudu besar Gula merah
Garam secukup rasa
CARA-CARA
1. Rebus buah kedondong hingga lembut, ketepikan
2. Mesin bahan B sehingga halus
3. Panaskan minyak dan tumis bahan C, masak sehingga naik bau, masukkan bahan B,masak sehingga hilang bau rempah.Masukkan kerisik
4. Masukkan santan, asam keping
5. Masukkan gula merah dan garam
6. Kecilkan api, masukkan buah kedondong dan udang kering
7. Masak biar pecah minyak dan siap untuk dihidang
TIPS: Kedondong yang sedang-sedang tuanya dan berempulur sangat sesuai untuk dibuat paceri
MASAK LEMAK PETAI DEDAUN
A: MESIN
10 biji Cili Api merah & hijau
4 cm Kunyit basah
4 ulas Bawang merah
4 cm Halia
B:
3 cawan Santan Cair
C:
10 tangkai Pucuk Ubi Kayu
10 helai Daun Mengkudu
1 pokok Daun Kesum
10 helai Daun Kadok
10 helai Daun Ulam Raja
2 helai Daun Kunyit
2 helai Daun Cekur
100 gm Isi Petai
10 biji Buah belinjau
20 biji Buah terung pipit
1 mangkuk Daun Pucuk Paku – ambil daun sahaja
1 mangkuk Pegaga
D:
2 cawan Santan Pekat
50 gm Udang kering
Garam & gula secukup rasa
CARA-CARA
1. Mesin bahan A, ketepikan
2. Panaskan kuali, masukkan semua dedaun yang telah dipotong dan dimasukkan santan cair dahulu. Masak sehingga dedaun betul-betul lembut.
3. Masukkan 2 cawan santan pekat, bahan A yang telah di mesin.
4. Masukkan udang kering dan garam gula secukup rasa
5. Masak sehingga santan mendidih
6. Siap untuk dihidang.
TIPS: Gunakan semua jenis dedaun kampung untuk masak lemak ini.Elakkan dari menggunakan dedaun salad

Rasa Ramadan- 11
NASI PANDAN SERAI WANGI
A: MESIN & TAPIS
4 batang Serai
4 helai Daun pandan
1 batang Kulit kayu manis
4 cm Halia
Air secukupnya
B: TUMIS:
1 senduk Minyak Jagung
3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
100 gm Udang Basah – buang kulit
C:
4 cawan Beras – basuh & toskan
2 cawan Susu Segar
3 cawan Air Serai pandan (ambil dari bahan A ) yang ditapis tadi
1 cawan Kacang Kuda – direbus lembut
½ sudu kecil Garam
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak jagung, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan udang, masak seketika.
2. Masukkan air serai pandan, biar didih dan masukkan susu segar.
3. Masukkan kacang kuda yang direbus dan masukkan beras
4. Bila hampir kering, masukkan garam dan biar kering.
5. Siap untuk dihidang
TIPS: Pilih serai yang gemuk dipangkalnya kerana ia berbau lebih wangi dan lembut batangnya.
KOLE KACANG
A: MASAK & TAPIS
1 cawan Gula Merah
1 cawan Air
B:
¼ cawan Tepung Ubi
1 ½ cawan Tepung kacang Hijau
C:
4 cawan Santan sederhana
1 cawan Air
1 sudu kecil Garam
2 helai Daun pandan
1 sudu kecil Air abu
1 sudu besar Minyak Jagung
2 sudu besar Madu
D: MASAK SEHINGGA MINYAK
1 cawan Santan pekat
1 cawan Air
Secubit garam
CARA-CARA:
1. Masak gula merah dengan air dan tapis, ketepikan
2. Campurkan tepung ubi dan tepung kacang hijau dan masukkan santan, air dan air gula merah yang ditapis tadi (bahanA).Masukkan garam, daun pandan dan air abu.
3. Kacau diatas dapur dengan api yang kecil hingga masak. Masukkan sedikit demi sedikit minyak jagung dan madu.
4. Apabila masak, tuangkan kedalam loyang.
5. Masak bahan D sehingga naik minyak. Setelah itu, tuangkan keatas kole kacang
6. Siap untuk dihidang
TIPS: Kacang Hijau lebih wangi apabila digoreng terlebih dahulu.Buang kulitnya sebelum dimesin untuk mendapatkan tepung kacang hijau

Rasa Ramadan-10
DAGING LEMON BERMADU
A:
1 kilo Daging + air –rebus & potong nipis
B: PERAP
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Serbuk Lada hitam
2 sudu besar Kicap
1 sudu besar Kicap perasa
1 sudu besar Air lemon
1 sudu besar Tepung Jagung
C:
1 labu Bawang besar – potong nipis
3 cm halia – potong nipis
1 pokok Daun Bawang
1 senduk Minyak
D:
4 sudu besar Sos Plum
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Lada Hitam
1 sudu besar Madu
Garam & gula secukup rasa
CARA-CARA:
1. Rebus daging selama 30 minit dan potong nipis-nipis
2. Daging tadi diperap bersama dengan Bahan B
3. Panaskan minyak, dan goreng daging sehingga separuh garing
4. Masukkan bawang besar, halia dan daun bawang yang dipotong , goreng lagi 3 minit.
5. Masukkan semua sos iaitu bahan D kedalam daging.
6. Masukkan garam & gula secukup rasa
7. Siap untuk dihidang
TIPS: Rebus daging yang dipotong 4 dalam sekilo, dan masukkan sedikit minyak untuk memudahkan daging menjadi lembut
BUBUR UDA DAN DARA
A:
200 gm Isi Nangka
200 gm Sengkuang cina – warnakan dengan pewarna merah
200 gm Sengkuang cina – warnakan dengan pewarna hijau
2 sudu besar Sagu putih- direndam
1 cawan Tepung Ubi
B:
1 cawan Santan
1 cawan Susu Segar
1 cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Garam
2 helai Daun Pandan
C:
Pewarna merah
Pewarna hijau
CARA-CARA
1. Potong Sengkuang cina kiub 1 cm
2. Bahagi kepada 2 bahagian dan direndam dengan pewarna merah dan hijau.
3. Tos kedua-dua sengkuang cina tadi.
4. Gelek sengkuang merah dan hijau kedalam tepung ubi dan rebus di dalam air yang mendidih. Toskan
5. Masak santan, susu segar dan gula, masukkan garam dan daun pandan
6. Masukkan ubi sengkuang merah dan hijau, isi nangka dan sagu. Masak biar mendidih.
7. Angkat dan siap untuk di hidang
TIPS: Tapis dengan baik, sengkuang cina yang direndam air pewarna supaya tidak terlalu melekat pada tepung ubi nanti

Rasa Ramadan- 9
PECAL SAYURAN KEKACANG KUAH KACANG:
8 biji Cili Api
4 ulas Bawang putih
2 ulas Bawang merah
1 biji Buah Pala
2 sudu besar Udang kering – disangrai
2 biji Ubi kencur
2 helai Daun Limau Purut
2 cawan Kacang tanah – digoreng
3 sudu besar Gula Merah
2 cm Belacan
½ cawan Air Asam
Garam secukup rasa
SAYURAN:
2 keping Kobis
5 pokok Kangkung
5 batang Kancang panjang
1 ikat Daun Ubi
1 ikat Daun Paku
½ biji Jantung Pisang
1 mangkuk Taugeh
2 keping Tauhu goreng
2 keping Tempe goreng
4 biji Telur rebus
½ cawan Bawang goreng
CARA-CARA
1. Goreng kacang tanah, ketepikan
2. Tumbuk cili api bersama dengan bawang putih, bawang merah, belacan, ubi kencur, buah pala, daun limau purut.
3. Tumbuk bersama kacang tanah yang telah digoreng, gula merah dan udang kering.
4. Masuk air asam dan garam secukup rasa
5. Celur sayuran-sayuran tadi dan potong mengikut citarasa.
6. Campur kesemua bahan dan sayuran dan gaul bersama dengan kuah kacang
7. Siap untuk dihidang
TIPS: Bila menggoreng kacang tanah, gunalah sedikit minyak masak dan jangan dibuang kulit kacang tanah, tumbuk terus dengan kulitnya sekali.
PENGAT UBI
KOMBINASI A: REBUS LEMBUT
1 biji Ubi Keledek
1 biji Ubi keladi
1 biji Ubi Kayu
B: ½ cawan Gula Pasir
½ cawan Gula merah
3 cawan Santan sederhana
2 helai Daun Pandan
1 sudu kecil Garam
¼ cawan Sagu – direndam 3 ulas Isi Durian
¼ cawan Susu Cair
C: Hiasan Roti putih
CARA-CARA:
1. Rebus ubi-ubi sehingga lembut.
2. Masak bersama santan dan gula pasir serta gula merah
3. Masukkan daun pandan, garam, sagu, isi durian serta susu cair.
4. Biar mendidih tetapi dengan api yang sederhana kecil.
5. Angkat dan hiding bersama roti putih
TIPS: Pilih ubi keledek yang lebih kecil, kerana ia akan lebih manis dan gebu bila direbus atau dibakar

Rasa Ramadan- 8
AYAM TANDOORI
A:
1 ekor Ayam – potong 4 keping
1 sudu kecil Serbuk kunyit
2 sudu kecil Garam
3 sudu kecil serbuk cili
4 sudu kecil Tandoori Masala
B: MESIN
10 ulas Bawang putih - mesin
5 ulas Bawang merah - mesin
6 cm Halia - mesin
½ cawan Tairu
1 biji Air Limau nipis
2 sudu besar Gula Pasir
Hiasan : Timun Salad Tomato
CARA-CARA:
1. Potong ayam kepada 4 bahagian, kelar-kelarkan dan gaul dengan bahan A.
2. Masukkan semua bahan B yang telah dimesin bersama tairu, air limau nipis dan gula pasir, perap selama 1 jam
3. Bakar dalam ketuhar, selama 30 – 40 minit pada suhu 165C 4. Hias bersama timun, salad dan tomato TIPS: Untuk menyedapkan ayam tandoori, ayam hendaklah diperap melebihi 4 jam dan dibakar dalam tandor (tempayan)
PENGAT LABU KELAPA MUDA
A:
200 gm Labu manis – direbus dan lecek
1 cawan Isi Kelapa muda – dipotong nipis & kiub
B:
1 cawan Gula Pasir
3 cawan Santan
C:
1 cawan Tepung Beras
¼ cawan Tepung Jagung
1/4 cawan Tepung gandum
1 sudu besar Tepung Ubi
2 sudu kecil Garam
½ cawan Susu Cair
D:
½ cawan Isi Kelapa muda- dihiris memanjang
CARA-CARA:
1. Masak gula dan santan – biar mendidih, ketepikan
. Campur bahan C dan kacau rata. Masukkan santan dan gula yang dimasak tadi, sebatikan
3. Kacau selama 3 minit di atas api, masukkan labu dan isi kelapa muda yang dipotong kiub.Kacau 1 minit
4. Panas kukusan dan loyang.Tuang bancuhan tadi, tabur kelapa yang dihiris memanjang.
5. Kukus selama 20 minit, selepas 20 minit, buka penutup periuk dan kukus lagi 10 minit.
6. Selepas 10 minit, tutup api, Biar sejuk
7. Siap untuk dihidang INFO: Labu yang halus isinya berbentuk bulat dan leper dan ia mempunyai pusat yang lebih kecil.

Subscribe to:
Posts (Atom)