PACERI KEDONDONG
A:
10 biji Buah kedondong – kupas kulit dan rebus
B: MESIN HALUS
1 labu Bawang besar - mesin
2 cm Halia – mesin
4 sudu besar Rempah kari daging
2 cawan Air
2 sudu besar kerisik
C: TUMIS:
½ cawan Minyak masak
1 tangkai Daun kari
1 batang Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga Lawang
5 biji Buah Pelaga
3 cm Halia
5 ulas Bawang merah
5 ulas Bawang putih
D:
3 cawan Santan
3 keping Asam
2 sudu besar Udang kering
2 sudu besar Gula merah
Garam secukup rasa
CARA-CARA
1. Rebus buah kedondong hingga lembut, ketepikan
2. Mesin bahan B sehingga halus
3. Panaskan minyak dan tumis bahan C, masak sehingga naik bau, masukkan bahan B,masak sehingga hilang bau rempah.Masukkan kerisik
4. Masukkan santan, asam keping
5. Masukkan gula merah dan garam
6. Kecilkan api, masukkan buah kedondong dan udang kering
7. Masak biar pecah minyak dan siap untuk dihidang
TIPS: Kedondong yang sedang-sedang tuanya dan berempulur sangat sesuai untuk dibuat paceri
MASAK LEMAK PETAI DEDAUN
A: MESIN
10 biji Cili Api merah & hijau
4 cm Kunyit basah
4 ulas Bawang merah
4 cm Halia
B:
3 cawan Santan Cair
C:
10 tangkai Pucuk Ubi Kayu
10 helai Daun Mengkudu
1 pokok Daun Kesum
10 helai Daun Kadok
10 helai Daun Ulam Raja
2 helai Daun Kunyit
2 helai Daun Cekur
100 gm Isi Petai
10 biji Buah belinjau
20 biji Buah terung pipit
1 mangkuk Daun Pucuk Paku – ambil daun sahaja
1 mangkuk Pegaga
D:
2 cawan Santan Pekat
50 gm Udang kering
Garam & gula secukup rasa
CARA-CARA
1. Mesin bahan A, ketepikan
2. Panaskan kuali, masukkan semua dedaun yang telah dipotong dan dimasukkan santan cair dahulu. Masak sehingga dedaun betul-betul lembut.
3. Masukkan 2 cawan santan pekat, bahan A yang telah di mesin.
4. Masukkan udang kering dan garam gula secukup rasa
5. Masak sehingga santan mendidih
6. Siap untuk dihidang.
TIPS: Gunakan semua jenis dedaun kampung untuk masak lemak ini.Elakkan dari menggunakan dedaun salad
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment