Friday, November 27, 2009

Rasa Ramadan-10

DAGING LEMON BERMADU
A:
1 kilo Daging + air –rebus & potong nipis
B: PERAP
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Serbuk Lada hitam
2 sudu besar Kicap
1 sudu besar Kicap perasa
1 sudu besar Air lemon
1 sudu besar Tepung Jagung
C:
1 labu Bawang besar – potong nipis
3 cm halia – potong nipis
1 pokok Daun Bawang
1 senduk Minyak
D:
4 sudu besar Sos Plum
2 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Sos Lada Hitam
1 sudu besar Madu
Garam & gula secukup rasa
CARA-CARA:
1. Rebus daging selama 30 minit dan potong nipis-nipis
2. Daging tadi diperap bersama dengan Bahan B
3. Panaskan minyak, dan goreng daging sehingga separuh garing
4. Masukkan bawang besar, halia dan daun bawang yang dipotong , goreng lagi 3 minit.
5. Masukkan semua sos iaitu bahan D kedalam daging.
6. Masukkan garam & gula secukup rasa
7. Siap untuk dihidang
TIPS: Rebus daging yang dipotong 4 dalam sekilo, dan masukkan sedikit minyak untuk memudahkan daging menjadi lembut


BUBUR UDA DAN DARA
A:
200 gm Isi Nangka
200 gm Sengkuang cina – warnakan dengan pewarna merah
200 gm Sengkuang cina – warnakan dengan pewarna hijau
2 sudu besar Sagu putih- direndam
1 cawan Tepung Ubi
B:
1 cawan Santan
1 cawan Susu Segar
1 cawan Gula Pasir
1 sudu kecil Garam
2 helai Daun Pandan
C:
Pewarna merah
Pewarna hijau
CARA-CARA
1. Potong Sengkuang cina kiub 1 cm
2. Bahagi kepada 2 bahagian dan direndam dengan pewarna merah dan hijau.
3. Tos kedua-dua sengkuang cina tadi.
4. Gelek sengkuang merah dan hijau kedalam tepung ubi dan rebus di dalam air yang mendidih. Toskan
5. Masak santan, susu segar dan gula, masukkan garam dan daun pandan
6. Masukkan ubi sengkuang merah dan hijau, isi nangka dan sagu. Masak biar mendidih.
7. Angkat dan siap untuk di hidang
TIPS: Tapis dengan baik, sengkuang cina yang direndam air pewarna supaya tidak terlalu melekat pada tepung ubi nanti

No comments:

Post a Comment