CHILI KETAM
Bahan-bahan
1 kg ketam yang sederhana
1 biji bawang besar dipotong bulat
garam dan perasa secukupnya
daun bawang untuk hiasan
Tumbuk
5 ulas bawang putih
5 sudu makan lada kisar
Cara-cara
• Bersihkan ketam dan goreng sebentar.
• Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan garam dan perasa.
• Selepas itu, masukkan ketam dan gaul hingga rata.
• Hiaskan dengan daun bawang.
KETAM BERTELUR
Bahan-bahan:
2 ekor ketam yang agak besar dibuang kulit yang keras tu dan dibelah dua.
3 sudu sos tiram
3 sudu sos cili
3 sudu cili yang dah diblend
7 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih yang agak besar
sepotong halia
sebiji telur
garam
sedikit gula
sedikit minyak untuk menumis
bawang besar
Cara memasak:
• Tumbuk cili, bawang putih, bawang merah dan halia tumiskan sehingga bangkit baunya
• Masukkan secawan air
• MAsukkan ketam, tutup kuali sehingga 10 minit
• Masukkan segala sos, gula dan garam secukup rasa
• Bila semua dah nampak macam sebati, masukkan telur yang dah dipukul,
• Kacau cepat-cepat supaya telur tak berketul.
KETAM GORENG SOS LADA HITAM
Bahan-bahan
2 kg ketam – dipotong dua dan dicuci bersih
2 camca besar tepung jagung ]
sedikit sos ikan ] Bahan A
1 camca besar sos tiram ]
1 biji telur ]
½ biji lada capsicum merah ]
½ biji lada capsicum hijau ] didadu
10 biji cendawan cina (direndam dengan air panas dan simpankan airnya)
6 ulas bawang putih – ditumbuk
2 cm halia dihiris nipis
3 batang daun ketumbar untuk hiasan
2 cili merah dipotong panjang-panjang untuk hiasan
1 botol sos lada hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
• Gaulkan ketam bersama-sama bahan A di dalam mangkuk dan goreng sampai masak.
• Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih bersama halia, cendawan dan lada capsicum seminit dua.
• Masukkan ketam, sos lada hitam dan sedikit air. Kacau, masukkan daum bawang, didihkan sos dan sajikan bersama-sama cili dan daun ketumbar.
KARI KETAM SERI MURNI
1½ Kg Ketam Bunga
6 Camca Besar Minyak Sawit Seri Murni
6 Ulas Bawang Merah Dihiris
3 Ulas Bawang Putih Dihiris
A
2 Camca Besar Serbuk Ketumbar }
1 Camca Besar Serbuk Cili } digaul dengan
1 Camca Teh Serbuk Kunyit } sedikit air
B
8 Ulas Bawang Merah }
4 Ulas Bwang Putih }
2 cm Halia }
3 Biji Buah Pelaga } Dikisar Lumut
2 Kelopok Bunga Lawang }
1Cm Kulit Kayu Manis }
2 Kuntum Bunga Cengkih }
½ Camca Teh Lada Hitam }
1¼Cawan Santan air
Garam secukup rasa
Basuh bersih kentang dan dipotong empat.
Panaskan minyak SRI MURNI dan tumis bahan A hingga wangi.
Masukkan bahan B dan goreng hingga pecah minyak.
Masukkan ketam dan goreng sebentar hingga ketam bersalut
dengan rempahan.
Masukkan santan dan garam secukup rasa ; masak hingga mendidih
Renih sehingga ketam masak dan kuah pekat
Angkat dan hidangkan
KETAM GORENG ALA PATAYA
Bahan-bahan :
Minyak untuk mengoreng
10 bawang merah ]
6 ulas bawang putih ]
6 tangkai daun ketumbar ] (A) dikisar
2 helai daun limau purut ]
2 cm halia ]
1cm langkuas
3 camca besar rempah kari ikan
Santan pekat dari sebiji kelapa
2 camca besar sos ikan
1 camca besar gula melaka
Jus limau nipis
Setengah biji nenas masak dihiris nipis
Segengam daun kesom
Cara membuat :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah (A) sampai wangi. Masukan rempah kari dan digoreng sebentar
2. Tuangkan santan lalu dididihkan. Masukan nenas dan ketam dan dimasak sampai kuahnya pekat.
3. Sebelum disajikan taburkan daun kesom kedalam ketam tadi. Masukan garam, sos ikan, gula melaka dan limau nipis sebagi perasa.
Thursday, December 24, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)