NASI DAGING AIR ASAM
A: REBUS
1 kilo Daging + air direbus dan dipotong 8 ketul
3 cm Halia
1 sudu kecil Jintan Manis
B: TUMIS:
½ cawan Minyak Sapi
1 labu Bawang besar - mesin
3 ulas Bawang putih - mesin
3 ulas Bawang merah - mesin
3 cm Halia – mesin
1 Sudu besar Rempah kurma
1 sudu besar Rempah Kari daging
2 sudu kecil Serbuk Jintan manis
1 tangkai Daun Kari
C: 4 cawan Beras
3 cawan Air Daging
2 cawan Santan
2 sudu kecil Garam
1 ikat Daun ketumbar
D: AIR ASAM
Mesin : 2 biji Cili merah
6 biji Cili api
3 cm Belacan
1 sudu kecil Garam
2 sudu besar Air Asam
2 biji Buah tomato merah
1 labu Bawang besar – potong nipis
CARA-CARA:
1. Rebus daging bersama dengan bahan A dan air sehingga lembut,
ketepikan
2. Panaskan minyak sapi, tumis bahan B hingga naik bau dan masukkan air
daging dan santan
3. Masukkan beras, apabila mendidih masukkan daging yang telah direbus,
biar nasi kering, masukkan garam dan daun ketumbar.
4. Mesin bahan D (air asam), dan dihidang bersama nasi daging
TIPS: Daging yang baik untuk dimasak nasi adalah dari bahagian “topside”
kerana ia pejal dan tidak liat.
JEMPUT-JEMPUT UDANG
200 gm Isi Udang – dicincang
3 pokok Daun bawang
1 batang Lobak merah
1 keping Kobis
1 cawan Taugeh
1 tangkai Daun sup
1 biji Cili merah
4 ulas Bawang merah
B: 2 cawan Tepung Gandum
1 cawan Tepung Naik Sendiri
2 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Soda bikarbonat
2 cawan Air Batu
4 cawan Minyak menggoreng
CARA-CARA
1. Isi udang dicincang kasar
2. Sayuran seperti daun bawang, daun sup,lobak merah, kobis dan cili
dipotong kecil
3. Gaul kesemua bahan ini dengan tepung gandum dan tepung naik sendiri,
taugeh, bawang merah, sayuran lain serta garam, gula dan air batu
4. Biar seketika
5. Panaskan minyak dan goreng didalam minyak sederhana panas
6. Hidang bersama dengan sos cili
TIPS: Untuk jemput-jemput yang garing diluar lembut di dalam, gunakan lah
minyak yang tidak terlalu panas bila menggoreng jemput-jemput udang.
Friday, November 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment